Tasha Shilla hamil anak kedua

Tasha Shilla hamil anak kedua

farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengambil keberkatan Jumaat untuk mengumumkan dirinya hamil anak kedua.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG), Tasha atau nama sebenar, Natasha Sheila Abdul Razak, 35, bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungan.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah. Khabar gembira buat kami sekeluarga adalah kehamilan kedua buat saya.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya harap kalian doakan semoga semua lancar dan baik… Insya-Allah,” luahnya.

Melalui keterangan gambar yang memaparkan Tasha bersama suami dan anak menunjukkan imej imbasan kandungannya, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 itu mendoakan supaya pasangan yang berhajat mendapatkan zuriat dimakbulkan permintaan.

.

“Saya dan keluarga juga mendoakan kepada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa akan datang dihadiahkan amanah Allah,” ujar pelakon drama rantaian Ramadan Terakhir dan Ariana Rose ini.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris, bernikah pada 28 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki Raees Zander yang kini berusia lapan bulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top