Oh! Artis
Kisah hijrah Adam Corrie dari dunia tatu ke jalan Islam sentuh hati, akui hidayah datang tanpa disangka.
Tular di media sosial seorang pempengaruh terkenal tampil dengan video memaparkan lengannya yang bertatu.
Sebagai seorang Muslim, orang ramai mempertikaikan keputusan pempengaruh tersebut mencacah tatu yang salah dari sisi agama.
Dari minat jadi kebiasaan, sampai rasa tak cukup
Terbaru, pelakon Adam Corrie tampil menceritakan kisah hijrah dirinya yang kembali kepada fitrah.
Menurut Adam Corrie, suatu ketika dahulu dia pernah terjebak dengan dunia tatu bukan kerana tekanan atau masalah hidup.
Dulu… sebelum saya kembali kepada Islam, saya buat tattoo. Bukan sebab tekanan. Bukan sebab nak lari dari masalah. Tapi… sebab saya suka.
Beliau menjelaskan semuanya bermula dengan kecil, sekadar minat melihat sesuatu yang dianggap cantik dan menarik.
Namun lama-kelamaan, ia menjadi satu ketagihan sehingga rasa tidak pernah cukup dan mahu penuh satu badan.
Hidayah datang tanpa diduga
Dalam perjalanan hidup itu, sesuatu mula berubah dalam diri Adam Corrie apabila hatinya mula disentuh. Dia berhenti secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan daripada sesiapa.

Beberapa tahun kemudian, beliau akhirnya kembali kepada fitrah dan mula mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Perkongsian itu menjadi lebih menyentuh apabila Adam Corrie mengakui perubahan perspektif dirinya terhadap perkara yang pernah dianggap indah.
Dan saya sedar… apa yang dulu saya anggap ‘cantik’, rupanya bukan jalan yang Allah redha.
Kini, beliau bersyukur dengan perjalanan hidupnya dan memilih untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang hamba.
Beliau juga menegaskan bahawa apa yang lebih penting sekarang adalah menjaga akidah dan memperbaiki diri setiap hari.
Pssttt! Perkongsian ini memang cukup memberi kesan dan membuka mata kita semua. Kadang-kadang, apa yang kita rasa ‘biasa’ atau ‘cantik’ itu sebenarnya jauh dari jalan yang betul. Yang penting, jangan pernah putus harapan sebab pintu hidayah sentiasa terbuka. Selagi ada usaha untuk berubah, pasti ada jalan untuk kembali.
Kredit: Facebook Adam Corrie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



