Tauke Jambu mengaku majlis pernikahan cuma iklan jual produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sudah menjadi kebiasaan apabila sesetengah pihak menggunakan sesuatu cerita sensasi atau kontroversi untuk membuat marketing bagi melariskan produk.

Walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perniagaan, namun masih ada yang membuatnya dan tetap mendapat perhatian ramai.

Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh pelawak terkenal, Tauke Jambu apabila mencetuskan tanda tanya sejak awal minggu ini berkaitan majlis pernikahan melibatkan dirinya dan seorang wanita dikenali sebagai Shu.

Sebelum ini, menerusi Mstar, Tauke dan Shu telah tampil menjelaskan hal berkenaan perkahwinan tersebut dan mengakui majlis itu mendapat restu daripada isteri pelawak terbabit.

Selepas beberapa jam video temubual itu keluar, Tauke mengambil inisiatif mendedahkan hal sebenar dengan memaklumkan tiada sebarang pernikahan pun berlaku dan ia hanyalah gimik untuk satu produk.

Perkara tersebut dimuat naik ke Instagram peribadi Tauke dan menjawab segala persoalan netizen berhubung gosip yang bertebaran sejak beberapa hari ini.

Menurutnya, dia masih belum menambah isteri dan masih setia dengan seorang sahaja pasangan iaitu Nadia Mohd Effendi. Majlis perkahwinan dengan Shu pula hanyalah satu lakonan untuk iklan produk keluarannya.

Jadi, di akhir video penjelasan itu, Tauke maminta orang ramai agar lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai sesuatu isu viral di media sosial.

 

Sumber: Instagram Tauke Jambu, Mstar (Ali Toupan Rajalee)