Tawaran terkini guardian yang sentiasa prihatin

Tawaran terkini guardian yang sentiasa prihatin

asmaini@mediaprima.com.my

Memasuki usia 40-an sering digambarkan sebagai permulaan fasa yang lebih bermakna yang mana kejelasan, keyakinan dan tujuan hidup bersatu.

Ia juga adalah fasa kehidupan yang dipenuhi dengan kekuatan, kebijaksanaan dan kecantikan. Justeru, ia wajar diraikan serta diberikan penghargaan sepenuhnya.

Bagi membantu rakyat Malaysia kekal sihat dan yakin pada setiap peringkat usia, guardian Malaysia (guardian) memperkenalkan MY40+ Rewards, tahap manfaat baharu yang direka khusus untuk pelanggan berusia 40 tahun ke atas.

Ia untuk meraikan fasa kehidupan penuh bertenaga itu dengan sokongan praktikal, kepakaran dipercayai serta pengalaman yang menginspirasi.

Pengarah Urusan guardian Malaysia Priscilla Wu berkata, MY40+ Rewards ialah cara rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit terkemuka itu meraikan fasa kehidupan yang istimewa.

“Kami berharap, pelanggan setia yang berada dalam fasa ini akan menemukan lebih banyak sebab untuk menghargai pencapaian hidup mereka selama ini, dan terus menikmati banyak detik bermakna dalam kehidupan pada masa akan datang.

“Dengan peluasan manfaat MY40+ Rewards yang melengkapi ganjaran sedia ada dalam program kesetiaan MYguardian Rewards, kami ingin pelanggan setia berasa disokong, dihargai dan menikmati lebih banyak detik menggembirakan pada masa hadapan,” katanya pada majlis pelancaran di ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi program kesetiaan itu, ahli yang berumur 40 tahun ke atas akan dapat menikmati manfaat yang dipilih dengan teliti bagi membantu mereka kekal sihat, aktif dan berseri.

Antaranya, penilaian kesihatan tahunan percuma, pemeriksaan kesihatan kulit tahunan percuma, panduan daripada ahli farmasi jenama itu, diskaun tambahan RM10 untuk pembelian produk penjagaan kesihatan bernilai RM150 setiap Selasa serta jemputan ke acara penjagaan kesihatan dan kesejahteraan eksklusif

Sementara itu, program afiliasi, MYguardian Partners yang mengumpulkan 31 jenama terkemuka gaya hidup, kembara, fesyen dan hidangan mewah turut dilancarkan.

Inisiatif itu terbuka kepada semua lima juta ahli MYguardian Rewards, merentasi semua peringkat umur, untuk memperoleh MYpoints semudah membeli-belah dalam talian dengan rakan-rakan jenama yang terbabit.

Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Uniqlo, Klook, Expedia, Agoda, AirAsia dan Focus Point.

Menerusi kerjasama itu, ahli kini mempunyai lebih banyak cara untuk meraih mata ganjaran merentasi kategori gaya hidup harian.

Kata Priscilla lagi, pihaknya mahu rakyat Malaysia merasa dihargai bukan sahaja ketika membeli-belah tetapi setiap kali mereka memilih tabiat yang lebih sihat, menjaga dan meraikan diri sendiri.

“Semua inisiatif ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong kesejahteraan ahli kami pada setiap peringkat kehidupan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top