Sebelum ini, kecoh di media sosial mengeni konflik hubungan diantara pelakon Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley sehingga menjadi bualan hangat netizen.
Mana tidaknya, sejak mereka memutuskan talian pertunangan, beberapa episod ‘drama’ telah berlangsung apabila bekas pasangan tersebut saling balas membalas kenyataan yang telah mencetuskan ‘perang mulut’ di alam maya.

Bagaimanapun, persengketaan antara Anju dan Khazrul akhirnya menemui titik noktah selepas masing-masing bersepakat membuat permohonan maaf dan mahu menjaga hubungan silaturahim sesama keluarga.
Pun begitu, nama ahli korporat yang berusia 45 tahun itu kembali menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik satu perkongsian di laman TikTok yang mengundang persoalan ramai.
@dodi_alfayeds
Dalam hantaran tersebut, Khazrul mendedahkan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Mimi berserta kapsyen romantik membuat netizen tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang bertuah tersebut.
“I am falling in love with you, Mimi. Thank you Allah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Khazrul turut mendedahkan wanita terbabit adalah bakal ibu kepada anaknya selepas menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikut.

Jelasnya lagi, bukan mudah untuk menawan hati wanita tersebut namun, dia meluahkan rasa syukur apabila Allah melembutkan hati untuk menerima dirinya.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan wanita yang didakwa kekasih baharu Khazrul bahkan ramai yang terkesima dengan pendedahan tersebut.

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar urusan Khazrul untuk menghalalkan kekasihnya itu dipermudahkan dan berharap dia bahagia selalu disisi pasangan.

Sumber: TikTok @dodi_alfayeds



