Sebelum ini, pelakon Azhar Sulaiman hilang kata-kata selepas melihat perubahan stail rambut anak gadisnya Kasih Iris Leona yang diwarnakan rona jingga.
Nampaknya, pelakon drama Keluarga Iskandar itu terpaksa berhadapan situasi sama apabila anaknya yang berusia 19 tahun itu menukar lagi warna rambut kepada kombinasi merah jambu-jingga.
Menerusi laman Twitter, Leona memuat naik sekeping gambar dirinya berposing dengan rambut baru sehingga menerima hampir 17,000 tanda suka dalam kalangan warganet.
my new hair pic.twitter.com/iAJlFTuYGk
— leona (@kasihirisleona) March 6, 2021
Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir individu memuji kecantikan stail rambut remaja berkenaan yang dikatakan kelihatan sesuai dengan dirinya.
Bagaimanapun, rata-rata yang menegur dan menasihati Leona supaya jangan berpenampilan terlalu seksi kerana kecantikan serta pujian manusia hanya sementara sahaja.
Tegur jangan sampai menghina, kadang-kala seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik dalam sekelip mata. Jadi doa yang baik-baik sahaja!
Sumber: Twitter @kasihirisleona