Oh! Tidak
Guru dimarahi ibu bapa dan dilapor ke SiSPAA selepas tegur murid tak siap kerja sekolah. Biar betul?
Dalam dunia pendidikan sekarang, nak tegur murid pun boleh jadi isu besar. Itulah yang berlaku kepada seorang guru apabila tindakannya memuat naik gambar murid yang tak siap kerja sekolah dalam group menjadi bahan aduan.
Menerusi satu perkongsian rakan guru di Threads, niat guru itu hanyalah untuk menunjukkan betapa ramainya murid yang lemah dan bermasalah dari segi sikap. Bayangkan, 18 orang tak siap kerja sekaligus!
Anak tak siap homework, ibu bapa report ke SiSPAA

Tapi sayangnya, ada pula ibu bapa yang anggap guru tu memalukan anak dan terus buat laporan ke SiSPAA.
Namun, guru itu terharu apabila majoriti ibu bapa sebenarnya menyokong tindakan cikgu tersebut.
Ramai yang meninggalkan komen positif dan berkata tindakan cikgu itu mengingatkan mengenai kerja sekolah adalah betul.
Jadi guru makin mencabar, semua tindak-tanduk diperhatikan

Ada juga ibu bapa berpendapat, anak-anak kadang kala memang kena ada rasa ‘malu’ supaya insaf dan tak mengulangi silap sama.
Netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib guru zaman sekarang. Katanya, guru bukan setakat kena mengajar, tapi juga berdepan tekanan dari pelbagai pihak.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.