“Tegur Orang Tiada Masalah, Tapi Jangan Rasa Diri Sempurna” – Isu Tayang Baby Bump, Kieda Crepe Bersuara

“Tegur Orang Tiada Masalah, Tapi Jangan Rasa Diri Sempurna” – Isu Tayang Baby Bump, Kieda Crepe Bersuara

Oh! Artis

Kieda Crepe terima teguran isu baby bump dengan hati terbuka tapi bidas balik netizen yang rasa diri sempurna.


Tular baru-baru ini, usahawan dan influencer Kieda Crepe atau nama sebenarnya Khalieda Yusra tampil memberi respon terhadap teguran netizen berhubung tindakannya memuat naik gambar yang menampakkan baby bump.

BACA: “Kieda Tak Sempurna Macam Hampa” – Kieda Crepe Mohon Maaf

Walaupun ada yang menegur dengan baik, Kieda turut menyentuh isu cara penyampaian sesetengah pihak yang disifatkan seolah-olah merendahkan dan merasa diri lebih baik daripada orang lain.

Kieda terima teguran Nadiah dengan hati terbuka

Kieda Crepe

Antara teguran yang mendapat perhatian adalah dari seorang pengguna bernama Nadiah Shukri, yang mengingatkan bahawa baby bump merupakan aurat dan perlu ditutup.

Nadiah menasihati agar perkara itu tidak dinormalisasikan sebagai sesuatu yang biasa. Menariknya, Kieda menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.

Kieda suka cara awak menegur. Kieda terima lapang dada. Entah takda yang terasa di hati ni even like banyak. Tapi langsung Kieda tak rasa segan membaca, sebab Kieda dapat rasa orang yang ikhlas menegur.

Beliau turut meminta doa agar dirinya terus kekal berubah ke arah lebih baik.

“Jangan menegur rasa diri sempurna” – Kieda tegur netizen tuduh dirinya try hard

Kieda Crepe

Bagaimanapun, apabila seorang lagi pengguna bernama Myra Eira menegur dengan nada lebih keras dan menyifatkan tindakan Kieda menayang baby bump sebagai ‘try hard’, Kieda tidak berdiam diri.

Boleh menegur, tapi jangan menegur berasa umpama kita sempurna. Ayat tu boleh ubah dulu.

Kieda juga menegaskan bahawa dirinya memang sedang hamil dan bentuk perut sudah tidak boleh disorok lagi.

Maka, tidak wajar untuk seseorang menegur dengan cara yang boleh memalukan orang lain di ruang komen awam.

Pssttt! Teguran yang baik adalah yang disampaikan dengan hikmah dan kasih sayang. Tak salah nak tegur, tapi biarlah cara menyampaikan itu tidak menjatuhkan atau memalukan orang lain. Kieda dah tunjuk contoh terbaik – terbuka menerima teguran dengan berlapang dada.

Kredit: Facebook Khalieda Yusra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top