KUALA LUMPUR, 20 Jun – Hari ini, Malaysia sedang mengalami transformasi besar apabila teknologi dan kecerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian daripada sistem pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan aplikasi pintar, berteraskan kecerdasan AI, telah membuka peluang baharu kepada pelajar dan guru di seluruh negara.
Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili, Ketua Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, teknologi bukan sahaja melebarkan akses yang boleh diberikan kepada pendidikan, tetapi membolehkan pendekatan pembelajaran menjadi suatu keperluan kepada pelajar. “Kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja membantu pensyarah dalam merancang dan menyampaikan kandungan pembelajaran, malah turut memudahkan pelajar memahami isi pelajaran apabila penyampaiannya disesuaikan dengan gaya pembelajaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Salah satu keunggulan utama AI dalam pendidikan adalah kemampuannya menilai prestasi pelajar secara mekanik dan menyediakan latihan tambahan berdasarkan kelemahan individu. Hal ini sekaligus membantu pelajar memahami dan mencapai objektif pembelajaran dengan lebih efektif.
Namun demikian, manfaat teknologi juga berhadapan dengan cabaran sendiri. Jarak digital antara pelajar di kawasan bandar dan pedalaman masih kelihatan, yang mana pelajar di kawasan pedalaman menghadapi keterbatasan mengakses rangkaian internet.
Selain itu masalah penyalahgunaan AI juga menjadi satu tumpuan. Di mana menjadi kebimbingan apabila pelajar terlalu bergantung sepenuhnya kepada AI dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Hal ini akan membataskan kemahiran berfikir secara kritis. Keselamatan data pelajar juga menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian serius oleh penyedia platform digital.
Pelbagai langkah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti mempromosikan akses rangkaian internet ke sekolah luar bandar secara berperingkat dan turut menyediakan latihan intensif teknologi untuk guru bagi mengatasi masalah ini.
Pihak kementerian turut menekankan bahawa teknologi hanyalah alat sokongan semata-mata dan keupayaan guru dalam membimbing pelajar tetap menjadi tunjang utama kejayaan pendidikan itu sendiri. Justeru, keseimbangan antara kemajuan teknologi dan peranan insan dalam pendidikan perlu sentiasa dijaga.
Oleh itu, melalui pendekatan yang seimbang dan inklusif ini teknologi dan AI berpotensi mengubah pendidikan di Malaysia, menjadikannya lebih dinamik dan berdaya saing global.
Oleh:
AZYAN AMIRA BINTI AMZZAH
SAIFUL AMIRULLAH
MOHD MOKHZANI BIN IBRAHIM