JOHOR BAHRU: Seorang tekong sebuah bot pancing meninggal dunia ketika keluar memancing bersama rakannya berhampiran Jeti Jabatan Laut Sungai Pulai, malam tadi.Â
Pengarah Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.40 malam.
Menurutnya, panggilan itu diterima daripada seorang lelaki iaitu rakan kepada mangsa yang keluar memancing bersama-sama.
âPengadu memaklumkan mangsa pengsan ketika berada di dalam bot dan memohon bantuan kerana tidak mahir mengemudi enjin bot tersebut.Â
âBerdasarkan laporan, mangsa, Borhan Muhamed ,61, baru sahaja keluar dari Jeti Simpang Kiri, Sungai Karang untuk memancing, namun, telah jatuh pengsan semasa hendak memotong jaring yang tersangkut pada enjin bot mereka,â katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, sejurus menerima maklumat, Bot Kilat 12 telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan, sementara MRSC menghubungi Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan bantuan ambulans dan pegawai perubatan.Â
âSetibanya di lokasi, anggota membawa mangsa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 11.05 malam.
âMayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk tindakan lanjut,â ujarnya.
Nurul Hizam turut meminta orang ramai menghubungi hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 bagi insiden kecemasan atau kesalahan jenayah di perairan Johor.
âKomuniti Maritim juga digalakkan membawa âPersonal Locator Beaconâ (PLB) yang berfungsi untuk menghantar isyarat kecemasan ke MRCC terutamanya ketika berada di kawasan tiada capaian talian komunikasi,â tambahnya. -UTUSAN ONLINE