Telco hanya kumpul data untuk statistik rasmi, tak serah maklumat peribadi -Fahmi Fadzil

Telco hanya kumpul data untuk statistik rasmi, tak serah maklumat peribadi -Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa syarikat telekomunikasi (telco) tidak menyerahkan sebarang data peribadi pengguna kepada pihak luar, sebaliknya hanya memberikan data untuk statistik rasmi dan penambahbaikan dasar.

Data untuk statistik rasmi, bukan serah maklumat peribadi

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan bahawa pihak SKMM mengambil maklum tentang perkara tersebut.

Data untuk statistik rasmi, arahan dari kabinet

Keputusan kabinet yang mengarahkan Telco untuk menyerahkan data panggilan telefon bertujuan untuk pengumpulan data tentang pengetahuan statistik rasmi.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil maklum. Arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk menyerahkan data panggilan telefon merupakan keputusan Kabinet.
Ia bertujuan untuk pengumpulan data bagi tujuan pengetahuan statistik rasmi. Sekarang ini banyak daripada maklumat tentang sektor telekomunikasi masih bersifat terlalu umum,” katanya.

Diambil bukan untuk mengenal pasti mana-mana pihak

Fahmi menjelaskan, data untuk statistik rasmi tersebut diperlukan untuk memahami tren serta mutu perkhidmatan mengikut kawasan dan bukan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada maklumat berbentuk personally identifiable information (PII) akan diserahkan oleh mana-mana pihak.

“Jadi kita nak pastikan dengan data yang dapat dikumpulkan nanti lebih banyak rancangan dasar dapat dibuat berasaskan bukti dan membawa satu kebaikan kepada rakyat,” ujarnya.

Langsung tidak melibatkan akses atau pendedahan maklumat peribadi

Terdahulu, SKMM menjelaskan bahawa langkah itu hanyalah untuk pengumpulan statistik rasmi, dan tidak melibatkan akses, pemprosesan atau pendedahan maklumat peribadi pengguna.

“Saya juga difahamkan telco akan mengeluarkan kenyataan media tapi ini kita serah kepada merekalah,” tambah Fahmi.

data untuk statistik rasmi

Artikel lain: Aliff Ahmad buat laporan SKMM ke atas agensi itu -“Harap SKMM siasat SKMM secara telus”

Isu ini timbul susulan laporan South China Morning Post yang mendakwa kerajaan mengarahkan telco menyerahkan rekod terperinci panggilan dan penggunaan internet.

Namun, menurut Fahmi, perkara ini sudah dibincangkan bersama telco, SKMM serta agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak 2023 dalam beberapa siri bengkel

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Scroll to Top