Teman lelaki lamar di atas podium selepas muncul juara triatlon

Teman lelaki lamar di atas podium selepas muncul juara triatlon

Toulouse: Jeanne Lehair merangkul gelaran keseluruhan Liga Supetri pertamanya di hadapan penyokong sendiri di Toulouse, semalam dan kemenangan itumenjadi lebih indah selepas teman lelaki melamarnya di atas podium.

Atlet triatlon kelahiran Perancis itu, yang mewakili Luxembourg di Sukan Olimpik Paris, baru sahaja menikmati kemenangan besar dalam karier selepas dua kali menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan dalam edis terdahulu, apabila Nathan Lessmann yang juga atlet triatlon, melutut dan melamar Jeannedi atas podium selepas perlumbaan.

Dengan sorakan peminat dan hujan gerimis yang menyelubungi suasana, Jeanne berkata “ya”, menandakan penutup yang sempurna bagi hujung minggu gemilang buat pasukannya.

Rakan sepasukan Jeanne dari Podium Racing, Leonie Periault, menamatkan saingan di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan, sekali gus mengesahkan kejuaraan pasukan mereka dalam format perlumbaan pantas dan sengit ini yang terdiri daripada tiga pusingan berturut-turut merangkumi 300m renang, 4km berbasikal dan 1.6km larian dengan lapan peralihan.

Dalam kategori lelaki, Csongor Lehmann dari Hungary memenangi gelaran keseluruhan, manakala dua pelumba dari pasukan Crown Racing, Vasco Vilaca dan Ricardo Batista, masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top