Tembusi pasaran global, Sace Lady kini di Guardian Malaysia

Tembusi pasaran global, Sace Lady kini di Guardian Malaysia

Kuala Lumpur: Meledak dan popular di platform perdagangan jenama kosmetik Sace Lady sememangnya bukan asing lagi buat pencinta solekan.

Malah produk yang sudah tujuh tahun bertapak di Malaysia dan mendapat tempat di kalangan masyarakat sekali gus bersaing sihat dengan kosmetik lain.

Sejak Julai lalu, jenama itu turut melancarkan rangkaian terbaharu iaitu Sace Lady Pro Zone 24HR Lasting Matte Lipstick.

Lebih menarik, semua rangkaian produk jenama terkemuka ini di 200 rangkaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan, Guardian di negara ini.

Pengarah Sace Lady Malaysia, Sherman Lim berkata menerusi pelancaran produk baharu termasuk boleh didapati di Guardian, pihaknya terus berusaha memenangi hati peminat kosmetik.

“Ia direalisasikan atas permintaan tinggi. Menariknya pengguna boleh merasai dan mencuba produk ini secara fizikal di semua cawangan Guardian dengan selamat serta tanpa was-was.

“Buat mereka yang ingin mendapatkan produk ini secara “offline”, jangan lupa ambil peluang ini untuk mengunjungi mana-mana cawangan Guardian berhampiran anda.” katanya.

Bercerita lanjut mengenai produk lipstik dengan kemasan matte dilancarkan, Sherman menjelaskan ia terkenal sebagai satu-satunya gincu dengan litupan tinggi pemakaian sehingga 24 jam mengagumkan serta tahan lama berbanding yang lain dan tidak mudah pudar dari permukaan bibir.

Lebih menarik, ia mempunyai lapan pilihan warna eksklusif dan sesuai digayakan untuk pelbagai jenis acara dan mengikut gaya masing-masing.

Tambah Sherman, formulasi digunakan adalah antara lipstik terbaik untuk bibir yang kering dan kusam.

“Dengan hanya satu sapuan, ia mampu memberikan impak warna yang terang dan tahan lama.

“Masalah utama buat penggemar lipstik cecair di luar sana ialah penggunaan yang kerap boleh menyebabkan kulit bibir kelihatan gelap dan mengelupas, namun lipstik yang menggunakan teknologi dan bahan semula jadi ini mampu memastikan bibir anda kekal lembap dan mungil. “Bahkan bertindak memberikan hidrasi pada bibir dan merawat bibir yang kering,” katanya.

Menampilkan slogan atau tagline, Be Yourself, jenama itu mempunyai matlamat untuk membantu golongan wanita mencapai objektif serta impian mereka supaya mampu memberi keyakinan serta mengekalkan penampilan yang cantik serta sempurna.

“Sehingga kini, biarpun wujudnya lambakan produk baharu di pasaran, namun penerimaan pengguna khususnya golongan belia terhadap jenama kami sangat memberangsangkan.

“Bukan sahaja menawarkan rangkaian penuh mekap seperti pembayang mata, gincu dan bedak asas yang menampilkan rasa ringan kepada pemakainya, produk Sace Lady juga diformulasikan menggunakan bahan semula jadi tanpa sebarang barangan terlarang dan mempunyai Sijil sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sace Lady juga berada di landasan kukuh dan kini melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa serta berjaya menembusi pasaran global seperti Filipina dan Indonesia.

Selain menawarkan harga berpatutan untuk semua produk keluarannya, Sace Lady Malaysia amat menekankan aspek kualiti dalam proses pembuatan kesemua produk milik mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top