“Tenaga Dan Cara Nak Buat Dia Tu” – Tiramisu Dikecam Harga ‘Kayangan’, Ini Penjelasan Kieda Crepe | Oh! Media

“Tenaga Dan Cara Nak Buat Dia Tu” – Tiramisu Dikecam Harga ‘Kayangan’, Ini Penjelasan Kieda Crepe | Oh! Media

Usahawan Khalieda Yusra menerusi satu hantaran di TikTok membuat review menikmati kek tiramisu yang dijualnya di kedai.

Dalam video itu, Kieda turut menjelaskan mengenai bahan-bahan premium yang digunakan menjadikan kek itu dijual dengan harga RM40.

Tiramisu Kieda Crepe RM40

Ujarnya, bahan-bahan seperti krim cheese, biskut dan serbuk kopi yang digunakan adalah berkualiti tinggi untuk menjamin kesedapan kek tersebut.

Bukan itu je, usahawan ini menambah tenaga kerja dan cara menghasilkan kek tersebut turut menyumbang kepada harga jualan.

Netizen kata mahal sangat

Netizen bagaimanapun mengecam Kieda menyifatkan harga RM40 terlalu mahal. Netizen turut membandingkan kek tersebut dengan kebanyakan kedai popular yang lain.

kieda crepe

Ada juga yang mempersoalkan sama ada bahan premium yang digunakan benar-benar setimpal dengan harga yang dikenakan.

Walaupun dikecam, ada juga segelintir yang mempertahankan Kieda dan menyokong peniaga tempatan untuk menentukan sendiri nilai produk mereka berdasarkan kualiti dan usaha yang diletakkan.

Pssttt! Sebagai pembeli kita berhak untuk membuat keputusan, kalau rasa tak berbaloi, ada banyak lagi pilihan lain kan?

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top