Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, berkuat kuasa 4 Mac

Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, berkuat kuasa 4 Mac

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri.

Tengku Zafrul kini Penasihat Kanan Politik PM

Perkara tersebut dimaklumkan berkuat kuasa pada hari ini iaitu 4 Mac 2026 bagi tempoh dua tahun.

Difahamkan, pelantikan tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Susulan daripada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat menjalankan amanah itu dengan penuh tanggungjawab dan tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

tengku zafrul

Artikel lain: Anggotai Biro Politik PKR satu amanah sumbang pengalaman, jayakan reformasi – Tengku Zafrul

Sekadar info, Tengku Zafrul merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum menamatkan tugas pada Disember 2025 susulan berakhir tempoh perkhidmatan sebagai senator.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim 

Scroll to Top