Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan tiga suspek pengganas narkotik terbunuh pada Jumaat apabila ia melancarkan serangan di Caribbean ke atas sebuah kapal yang didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas yang disenaraikan serta penyeludupan narkotik, lapor Anadolu Ajansi.
“Pada 13 Februari, atas arahan komander #SOUTHCOM Jen. Francis L Donovan, Pasukan Petugas Bersama Southern Spear melakukan serangan kinetik maut (bersenjata) ke atas sebuah kapal yang dikendalikan oleh Organisasi Pengganas yang Disenaraikan,” menurut Markas Selatan AS (SOUTHCOM) dalam platform media sosial X.
Ia menambah bahawa perisikan mengesahkan kapal itu sedang “melalui laluan penyeludupan narkotik yang diketahui di Caribbean dan terlibat dalam operasi penyeludupan narkotik.”
Katanya, tiada anggota tentera AS yang cedera dalam operasi berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




