Tentera Israel jalani latihan ketenteraan berskala besar

Tentera Israel jalani latihan ketenteraan berskala besar
Tentera Israel menyatakan bahawa latihan ini adalah sebahagian daripada pelan tahunan untuk memperkukuh pertahanan di kawasan strategik. - Foto AP

Tentera Israel menyatakan bahawa latihan ini adalah sebahagian daripada pelan tahunan untuk memperkukuh pertahanan di kawasan strategik. – Foto AP

TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di Lembah Jordan dan Bukit Golan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi di sempadan timur negara itu.

Menurut kenyataan rasmi IDF, latihan tersebut melibatkan pergerakan besar-besaran kenderaan tentera dan pasukan keselamatan di dua lokasi utama – utara Lembah Jordan dan selatan Bukit Golan.

Latihan ini dijadualkan berlangsung sepanjang hari Jumaat dan bertujuan menguji keupayaan tindak balas pantas terhadap sebarang ancaman darat dan udara.

Pihak tentera menyatakan bahawa latihan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan tahunan bagi memperkukuh pertahanan di kawasan strategik, khususnya susulan peningkatan ketegangan di sempadan serta konflik yang berterusan di Gaza.

Bagaimanapun, latihan ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan dan pemerhati antarabangsa, memandangkan Lembah Jordan terletak di wilayah Tebing Barat yang diduduki, dan sering menjadi titik panas dalam konflik Israel-Palestin. – Awani 

Scroll to Top