Tentera Israel tarik 2 briged simpanan dari Gaza

Tentera Israel tarik 2 briged simpanan dari Gaza

TEL AVIV – Tentera Israel telah menarik balik dua briged simpanan dari Semenanjung Gaza pada Ahad.

Penyiar awam Israel, KAN mendakwa penarikan balik Briged ke-4 dan ke-55 itu dilakukan kerana misi mereka di wilayah Palestin tersebut telah selesai.

Pada hari Sabtu, tentera Israel menarik balik Batalion Kejuruteraan Tempur ke-7107 dari Gaza, dua minggu selepas menarik keluar divisyen ke-36.

Tiada maklumat rasmi mengenai bilangan tentera Israel yang melakukan operasi darat di Semenanjung Gaza.

Sejumlah 26,422 rakyat Palestin telah dibunuh yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak tentera Isreal menyerang Gaza lebih 100 hari lalu.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Tentera Israel turut memusnahkan kediaman, hospital dan instiusi pendidikan dengan 60% daripada infrastruktur rosak atau musnah.-Agensi

Scroll to Top