Tentera maut, kereta terbabas di Taman Rimba Templer

Tentera maut, kereta terbabas di Taman Rimba Templer

mhafis@mediaprima.com.my

Gombak: Anggota tentera maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Utama Taman Rimba Templer di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.26 pagi dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza yang terbabas dengan sendiri.

“Mangsa lelaki berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top