Tentera Perancis maut di Iraq disahkan kerana serangan dron

Tentera Perancis maut di Iraq disahkan kerana serangan dron

Paris: Seorang tentera Perancis di wilayah Kurdistan, Iraq, terkorban akibat serangan sebuah dron, kata pegawai pemerintahnya pada Jumaat, sejurus Presiden Emmanuel Macron mengesahkan kematian pertama itu dalam perang Timur Tengah.

Sejak serangan Amerika Syarikat (AS) – Israel ke atas Iran bulan lalu memuncak di Timur Tengah, pelbagai serangan yang dikaitkan dengan puak pro-Iran menyasarkan wilayah di mana tentera asing berpangkalan sebagai sebahagian daripada gabungan anti-jihad antarabangsa.

Arnaud Frion, 42, terkorban akibat serangan dron Shahed,” kata pegawai pemerintahnya Kolonel Francois-Xavier de la Chesnay.

“Anggota angkatan tentera itu maut untuk Perancis ketika serangan di wilayah Erbil di Iraq,” tulis Macron dalam satu hantaran di X, sambil menambah bahawa beberapa tentera juga cedera.

Sebelum ini, kumpulan Iraq yang pro-Iran memberi amaran bahawa kepentingan Perancis di rantau itu menjadi sasaran selepas ketibaan kapal pengangkut pesawat Perancis ke kawasan operasi Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM).

Kenyataan di saluran Telegram Ashab Alkahf juga memberi amaran kepada pasukan keselamatan supaya menjauhi pangkalan yang dikatakan menempatkan tentera Perancis.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan daripada kumpulan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top