Tepati janji ketika bertemu, Ajak Shiro cabut TV di rumah beri kepada mangsa banjir

Tepati janji ketika bertemu, Ajak Shiro cabut TV di rumah beri kepada mangsa banjir

Melihat ramai mangsa banjir yang terkesan disebabkan bencana tersebut, banyak pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaan, bukan kerajaan (NGO) dan juga orang awam yang berlumba-lumba memberikan bantuan buat mereka.

Dari bantuan makanan dan perluaan harian, mereka juga dilihat mengerah tenaga untuk membantu mencuci kawasan kediaman selepas air banjir surut.

Umum sedia tahu bahawa kerosakan yang dialami disebabkan banjir tempoh hari bukanlan sedikit, tetapi boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Oleh itu, pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro yang juga merupakan antara artis yang giat memberi bantuan telah menunaikan ‘janji’ untuk memberikan televisyen kepada mangsa banjir dengan mengambil TV dari rumahnya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik isteri kepada pelawak tersebut, pada awalnya mangsa banjir itu ingin bergambar dengan Ajak dan memaklumkan yang hanya mampu melihat dari kaca TV sahaja. Namun, disebabkan Tv sudah hanyut, jadi tidaklah dapat menonton selebriti tersebut di layar kaca.

Tak lama selepas itu, Ajak telah mencabut smart Tv dari rumahnya sendiri dan terus menghantar ke rumah mangsa banjir tersebut di Negeri Sembilan.

Terlihat wajah lega dan gembira penyampai radio Suria FM itu setelah menyampaikan hajatnya dan isteri disebelah sentiasa menyokong setiap tindakan yang dilakukan pelawak tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, ramai yang meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa terharu melihat tindakan Ajak yang menepati janji.

Mereka juga mendoakan agar Ajak dan keluarga terus dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang di masa hadapan.

 

Sumber: Instagram Ajak Shiro

Scroll to Top