Pelakon, Muaz Zabir menepis dakwaan dirinya menumpang populariti aktres dan penyanyi, Bella Astillah yang meraih perhatian ramai susulan isu rumah tangganya.
Ketika ditemui XTRA, Muaz menegaskan dia tidak pernah meminta tawaran kerja atau sengaja mencipta kontroversi seperti yang heboh berkaitan hubungan mereka, sebelum ini.
“Saya ada pengursan dan platform sendiri. Tiada istilah menumpang populariti. Saya pun tidak pernah hubungi Bella untuk minta job.
“Orang yang bercakap tentang kontroversi antara kami. Bukan saya yang minta,” katanya.
Muaz berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran dan muzik video (MV) lagu Bella Astillah berjudul Tapi Bukan Denganmu di TRX Exchange, Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Muaz mengakui dia bersikap terbuka sekiranya peminat masih terus mengaitkan dirinya bersama ibu anak dua itu, sekiranya tidak memberi kesan negatif.
Mengulas lebih lanjut, Muaz menyifatkan kerjasama antara mereka adalah bersifat profesional dan tidak lebih seperti didakwa ramai.
“Saya dah bekerjasama dengan ramai artis lain, tetapi tetap yang ini juga orang nampak. Kalau orang mahu kaitkan saya dengan Bella apa salahnya jika ia tidak memberi impak negatif.
“Apa yang dilakonkan dalam MV tersebut itu adalah watak Saya bukan orang dalam MV tersebut. Jadi tidak tahu apa kaitannya dengan saya.
“Saya teruja diberi tawaran terlibat dalam MV ini sebab pengalaman baru berlakon tanpa dialog. Ini peluang baik dan saya harus cuba,” katanya.

Muaz membawa watak sebagai pasangan Bella dalam MV tersebut yang seakan menggambarkan kisah atau pengalaman sebenar dilalui oleh penyanyi itu.
Bukan itu sahaja, ada pula segelintir netizen mendakwa watak itu seolah-olah mencerminkan karakter bekas suami Bella, penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz.
“Itu karakter yang diberikan dan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Jika orang benci watak tersebut maka menjadilah lakonan saya.
“Itulah kisah sebagai seorang penyanyi kerana dia boleh lontarkan emosi dalam lagu. Sebagai pelakon pula saya perlu sorokkan emosi sendiri untuk lontarkan emosi orang lain,” luahnya.
Sebelum ini, aktor drama rantaian Leha, Leya Lawa itu tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan Bella sekaligus berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya.
Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.
Terdahulu, nama Muaz Zabir juga pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga Bella apabila dia dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan aktres itu.
Artikel Berkaitan: Sering Tampil Dengan Pakaian Sedondon, Muaz Zabir Nafi Punya Hubungan Istimewa Bersama Bella Astillah – “Ia Hanya Satu Kebetulan”
Artikel Berkaitan: Tangan Wanita Dalam Video Cetus Tanda Tanya, Ini Respons Muaz Zabir: “Jika Tangan Bella Astillah Sekalipun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”
Artikel Berkaitan: Kuku Tak Sama Dalam Video Muaz Zabir… Janna Nick Usik Bella Astillah Suka Anak Ikan – “Tak Mungkin Ada Layan VIP”




