Pelakon Alya Iman berkata dia kini menghabiskan masa di gimnasium selepas sering ditegur badannya dikatakan semakin berisi.
Memetik HibGlam, Alya berkata dalam masa tiga minggu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram dari 70 kilogram dan beratnya kini 63 kilogram.
BACA: Ditegur Nampak Berisi, Alya Iman Cakap Malas Jaga Badan
“Dari 70kg ke 63kg dalam masa tiga minggu. Dalam seminggu empat hari saya ‘berkampung’ di gimnasium.
“Sebelum ini saya ‘back to back’ ada penggambaran, tiada masa atau hari cuti. Jadi, nak pergi ke gimnasium susah. Kali ini, saya cuti panjang dalam tiga minggu jadi saya ambil peluang ini luangkan masa di gimnasium,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 24 tahun itu mengakui hatinya terasa apabila bentuh tubuhnya dikritik oleh netizen namun sekaligus mendorongnya untuk berubah.
“Terasa sikit orang cakap kita gemuk, jadi kita kuruslah. Taklah baca komen, kadang-kadang orang cakap dekat kita tapi saya okey saja. Bagi saya tiada apa pun. Kita tidak boleh kawal apa orang nak cakap, itu yang memotivasikan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Alya berkata selain ke gim dia mengawal pengambilan makanan namun tidak melakukan diet ketat.
“Saya makan saja, orang cakap potong nasi atau karbohidrat tapi tak jalan untuk saya. Kalau kawal pun badan saya masih perlukan kelebihan makanan. Saya pun tak potong gula, asalkan saya kawal pengambilan makanan,” katanya.
Sumber: HibGlam