“Terbaca Pula Isu Hangat Sekarang Ni, I Rasa Macam Nak Ketawa Je” 

“Terbaca Pula Isu Hangat Sekarang Ni, I Rasa Macam Nak Ketawa Je” 

Perkongsian pelakon Nabila Huda menjadi perhatian ramai apabila dilihat ada memuat naik video di Insta Story miliknya. 

Menerusi video pendek itu, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil berada di dalam sebuah kereta memberitahu dia ada terbaca mengenai isu hangat diperkatakan di media sosial.

BACA: Bagi Makan Daging Wagyu, Ramai Nak Jadi Kucing Nabila Huda

“What a beautiful day today. Kita harini tadi, tiba-tiba macam busy maklumlah kan tengah banyak kerja kan? Lepastu terbuka pula sosial media. Lepas tu terbaca pula benda-benda isu tengah panas sekarang ni kan?

“Baca pula komen. Tak tahulah betul ke tidak ya? Ye ke babe?” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, Abil turut menulis tanda pagar # privateaccountitu dan # padanmuka. Bagaimanapun, difahamkan video tersebut telah pun dipadam selepas beberapa minit ianya dimuat naik. 

Sumber: Xtra


Scroll to Top