Terbuka Hong Kong: Perjuangan Pearly-Thinaah terhenti di separuh akhir

Terbuka Hong Kong: Perjuangan Pearly-Thinaah terhenti di separuh akhir
Terbuka Hong Kong: Perjuangan Pearly-Thinaah terhenti di separuh akhir

Pearly (kanan) dan Thinaah tewas kepada Yi Fan-Shu Xian di pusingan separuh akhir Terbuka Hong Kong. Foto AFP

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di separuh akhir.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong yang dimenangi tahun lalu.

Dalam aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tunduk kepada Yi Fan-Shu Xian selaku pilihan ketiga kejohanan dengan straight set 14-21, 11-21.

Untuk rekod, ini kali kelima berturut-turut Pearly-Thinaah tewas kepada lawan sama dalam enam pertemuan.

Malah, Yi Fan-Shu Xian sekali lagi menjadi penghalang mereka mara ke final, sebagaimana yang berlaku ketika menyingkirkan beregu negara itu di Masters Malaysia dan Terbuka China sebelum ini.

Ringkasan AI

  • HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di separuh akhir
  • Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong yang dimenangi tahun lalu
  • Dalam aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tunduk kepada Yi Fan-Shu Xian selaku pilihan ketiga kejohanan dengan straight set 14-21, 11-21
  • Untuk rekod, ini kali kelima berturut-turut Pearly-Thinaah tewas kepada lawan sama dalam enam pertemuan
  • Yi Fan-Shu Xian sekali lagi menjadi penghalang mereka mara ke final, sebagaimana yang berlaku ketika menyingkirkan beregu negara itu di Masters Malaysia dan Terbuka China sebelum ini
Scroll to Top