Terengganu Lancar Portal Cari Jodoh Untuk Rakyat ‘Single’

Terengganu Lancar Portal Cari Jodoh Untuk Rakyat ‘Single’

Kuala Terengganu, 7 Ogos (Amanz) — Kerajaan Negeri Terengganu hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Portal Jodoh Darul Iman, sekaligus memudahkan mereka yang bujang, serta ibu atau bapa tunggal Muslim di Terengganu menggunakannya dalam mencari pasangan hidup.

Portal Jodoh Darul Iman ini menyasarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas, beragama Islam, dan yang masih bujang, duda atau janda. Seperti biasa, pengguna diingatkan tidak berkongsi atau dedahkan maklumat peribadi terlalu awal, dan tidak membuat transaksi kewangan.

Semua pendaftaran juga akan disaring terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan. Ia juga turut dilarang keras dalam menggunakan kata-kata lucah, menipu status perkahwinan, dan tidak bertemu calon secara berdua-duaan tanpa mahram.

Bagi anda yang menetap di Terengganu, dan ingin mencari pasangan hidup, boleh menyemak Portal Jodoh Darul Iman hari ini.

Sumber: Amanz


Scroll to Top