Tergempar! Rafizi, Nik Nazmi keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen esok

Tergempar! Rafizi, Nik Nazmi keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen esok

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok.

Kedua-dua mereka berkata, keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengesahkan mereka keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akan menyertai Parti Bersama Malaysia pada Selasa depan.

Mereka juga akan menyerahkan surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berhubung keputusan meninggalkan parti itu.

Terdahulu, Rafizi bersama Nik Nazmi pada sidang media di Petaling Jaya mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai MUP.

Artikel lain: Lebih bahaya kepada PKR jika saya keluar parti, lagilah kuat bersuara – Rafizi

Susulan perkembangan itu, Fuziah berkata PKR akan memutuskan dalam masa terdekat kedudukan Rafizi dan Nik Nazmi, termasuk beberapa wakil rakyat parti itu yang menghadiri majlis pengambilalihan Parti Bersama Malaysia.

“Setelah sekian lama menyerang parti berterusan, akhirnya Rafizi umum ambil alih parti baharu.
“PKR akan buat keputusan dalam masa terdekat, juga akan bincang status Ahli Parlimen kita yang turut hadir di acara terbabit,” katanya.

Scroll to Top