Kes melibatkan pergelutan peniaga belon dan penguat kuasa DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kini semakin serius apabila dua daripada tiga kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Menurut laporan Kosmo, dua siasatan tersebut dibuat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan menghalang penjawat awam serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela.
Perkara itu telah dikatakan sendiri Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Satu lagi siasatan masih tunggu maklum balas MCMC

Selain itu, satu lagi siasatan masih belum lengkap dan kini menanti maklum balas dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ia dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah melibatkan sebuah laman web.
Abang Belon rupanya ada 13 rekod jenayah!

Pendedahan lebih mengejutkan dibuat apabila sumber polis mendedahkan bahawa ‘abang belon’ mempunyai 13 rekod jenayah lampau, kebanyakannya melibatkan kesalahan dadah, dan enam daripadanya pernah dibawa ke mahkamah.
Difahamkan juga, suspek kini masih dirawat di hospital, manakala dua anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat telah dikenakan tindakan dalaman oleh jabatan.
DBKL dah tegur sebelum insiden

Menurut kenyataan DBKL, kejadian berlaku sekitar 11.50 malam ketika anggota penguat kuasa sedang membuat rondaan dan menegur beberapa penjaja tanpa lesen. Walaupun kebanyakan beredar, peniaga belon bertindak agresif selepas diberi teguran kali ketiga.
#ApaKataOhmedia
Hormatilah undang-undang dan penjawat awam yang menjalankan tugas. Bertindak agresif hanya akan menyusahkan diri sendiri, apatah lagi jika rekod silam memburukkan keadaan.




