”Tergolong Dalam Kategori Syahid Akhirat” – Mufti Bersuara Mengenai Nahas Pelajar UPSI | Trending – Oh! Media

”Tergolong Dalam Kategori Syahid Akhirat” – Mufti Bersuara Mengenai Nahas Pelajar UPSI | Trending – Oh! Media

Trending

Penuntut UPSI maut di JRTB Gerik dikategorikan sebagai syahid akhirat. Mufti beri penjelasan penuh dan nasihat buat keluarga serta masyarakat.


Dalam satu kemalangan tragis awal pagi tadi di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, terdapat beberapa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan maut. 

Menurut laporan Harian Metro, penuntut-penuntut itu tergolong dalam kategori syahid akhirat dan perkara ini dikatakan sendiri Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mangsa adalah penuntut yang sedang berjihad menuntut ilmu, insya-Allah tergolong dalam kategori syahid akhirat.

Meninggal dalam perjalanan ilmu, dapat ganjaran besar

Sukki Othman

Menurut pandangan tokoh ulama seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ’Atiyyah Saqr, umat Islam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tanpa unsur maksiat, termasuk dalam qiyas syahid akhirat sebagaimana kematian akibat lemas, terbakar, atau tertimbus.

Walaupun tidak meninggal di medan jihad, mereka yang menempuh kematian sebegini tetap mendapat ganjaran besar di akhirat kelak.

Jenazah tetap dimandikan dan disolatkan

Sukki Othman

Walaupun dikira syahid akhirat, Mohd Sukki menjelaskan bahawa pengurusan jenazah tetap perlu dilakukan seperti biasa iaitu dimandikan dan disolatkan, kerana ia berbeza daripada syahid medan perang.

Doa dan harapan buat keluarga

 6512

Dalam kenyataannya, Mufti turut menyeru masyarakat agar mendoakan mangsa dan memberi sokongan moral kepada waris yang diuji dengan kehilangan ini.

Kita doakan Allah SWT melapangkan kubur si mati dan mengurniakan ganjaran sabar kepada keluarga yang ditinggalkan.

Pssttt! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dalam kesedihan, jangan lupa bahawa pengorbanan menuntut ilmu itu sangat mulia di sisi Allah. Tabahlah wahai keluarga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top