Terhad! Serbu Lotus’s Berdekatan & Nikmati Diskaun Menarik! Ada Peluang Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM650,000 | Branded – Oh! Media

Terhad! Serbu Lotus’s Berdekatan & Nikmati Diskaun Menarik! Ada Peluang Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM650,000 | Branded – Oh! Media

Selamat Hari Raya buat semua! Macam mana sambutan raya korang, okay tak tu? Dah berapa rumah dah korang pergi ziarah? Atau dah berapa ramai orang datang bertandang?

Tak dinafikan, musim perayaan seperti ini saja lah yang kita ada masa untuk ziarah keluarga dan sanak saudara. Jadi, persiapan itu semestinya akan jadi lebih ekstra daripada biasa betul tak? 

Ngam sangat tu! Alang-alang nak bagi sambutan raya makin meriah dan tetamu pun rasa diraikan, kenalah pastikan stok biskut raya, air kotak, dan barang dapur sentiasa penuh.

Kalau rasa barang dah mula susut, jangan panik! Korang boleh terus serbu Lotus’s sebab sekarang tengah ada promosi sehingga 8 April ini. 

Memang tepat pada masanya untuk korang topup apa yang patut tanpa perlu risau poket rabak.

Lotus’s Mergong Jadi Hentian Akhir Roadshow Senyuman Ekstra Bernilai

KL sudah, Johor sudah, Kelantan pun sudah, haa Roadshow Senyuman Ekstra Bernilai akan berakhir di Lotus’s Mergong, Alor Setar!

Mana orang Aloq Staq dekat sini? Hampa semua jangan lupa mai Lotus’s Mergong tau sebab ada macam-macam aktiviti menarik yang boleh disertai, siap dapat hadiah lumayan lagi tau! Jangan cakap cek tak habaq noh!

Bukan itu saja, kalau hampa pendengar setia Era FM, hampa memang kena mai sebab DJ Radin ada pada hari Sabtu, 27 Mac jam 12 tengahari. 

Roadshow di Lotus’s Mergong ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 Mac dan 28 Mac, jadi mai ajak satu kampung datang tau!

Bawa Balik Kereta Proton e.MAS & Banyak Lagi Dengan Belanja & Menang!

Siapa yang nak topup barangan rumah tadi tu, alang-alang nak berbelanja, jangan lupa join sekali peraduan Belanja & Menang. Boleh menang hadiah bernilai sehingga RM650,000 tau! 

Antara hadiah menarik menanti:

– Proton e.MAS 5 (1 pemenang)

– Pakej Percutian ke Dubai atau destinasi pilihan untuk dua orang (1 pemenang)

– Bar Emas 999.10G (hanya untuk pengguna MyDebit/DuitNow) (15 pemenang)

Nak join Belanja & Menang ni pun senang je, ikut langkah mudah ini:

Langkah 1: belanja minimum RM128 dalam satu resit

Langkah 2: hantar resit melalui aplikasi Lotus’s Malaysia

Langkah 3: main permainan dalam aplikasi untuk dapatkan baucar sehingga RM10 

Paling best, korang boleh dapat sekali My Lotus’s Points sehingga 1,000 dan baucar sehingga RM10 tau. 

Jangan lengah-lengah lagi, start enjin sekarang dan serbu Lotus’s berdekatan! Tapi, sebelum tu, jadi Ahli My Lotus’s dulu sebab ada banyak tawaran menarik yang korang boleh nikmati!

Muat turun sekali aplikasi Lotus’s di Apps Store dan Google Play, manalah tahu tak sempat nak beli di Lotus’s berdekatan, boleh beli secara online. 

Untuk update terkini, ikuti media sosial Lotus’s di Facebook, Instagram dan TikTok

#LotussMalaysia #SenyumanEkstraBernilai #Groceries #Promotion #GreatSavings #PayWithPoints #LotussLebihMurah #LotussKanAda

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top