Terharu Single ‘Terukir’ Dapat Sambutan Positif, Daus Eli Tumpukan Masa Terhadap Ibadah & Keluarga Sepanjang Ramadan

Terharu Single ‘Terukir’ Dapat Sambutan Positif, Daus Eli Tumpukan Masa Terhadap Ibadah & Keluarga Sepanjang Ramadan

Penyanyi berbakat, Daus Eli meluahkan rasa syukur apabila single terbaharunya, Terukir mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminat sejak dilancarkan di bawah label Alternate Records & Talents.

Menurut Daus, ramai pendengar memberikan maklum balas positif, malah ada yang berkongsi lagu tersebut begitu menyentuh perasaan mereka.

“Alhamdulillah, sambutan untuk Terukir sangat positif. Ramai yang mesej dan komen kata lagu ni menyentuh hati, ada juga yang kata mereka ulang banyak kali sebab lirik dan melodi yang mendalam.

“Saya sangat bersyukur sebab lagu ni boleh sampai ke hati pendengar. Tak sangka ada juga yang buat cover dan kongsi di media sosial, itu satu penghargaan besar untuk saya,” katanya.

Memasuki bulan Ramadan, Daus turut berkongsi dia mahu memberi lebih tumpuan kepada ibadah dan masa bersama keluarga.

“Ramadan kali ni saya cuba untuk lebih fokus kepada ibadah dan masa bersama keluarga.

“Tapi pada masa yang sama, masih ada beberapa komitmen seni yang perlu saya jalankan, termasuk promosi lagu dan beberapa persembahan kecil. Saya cuba seimbangkan antara kerja dan ibadah, Insya-Allah,” jelasnya.

Berkongsi perancangannya untuk tahun 2025, Daus mendedahkan beberapa projek baharu sedang dalam perancangan, termasuk single terbaru bersama komposer terkenal serta kemungkinan kolaborasi dengan artis lain.

“Untuk 2025, saya ada beberapa projek yang sedang dirancang. Insya-Allah akan keluar single baharu bersama komposer besar di Malaysia, mungkin juga ada projek kolaborasi dengan artis lain.

“Saya juga nak cuba bidang lain seperti lakonan atau pengacaraan, kalau ada rezeki. Yang penting, saya nak terus berkembang dalam industri dan hasilkan karya yang lebih baik untuk peminat,” katanya.

Scroll to Top