Walaupun sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, kisah pelakon dan pengacara Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar masih lagi menjadi bualan netizen.
Seperti biasa bagi mengakhiri tahun 2020, Mira dilihat memuat naik kompilasi gambar top 9 sepanjang tahun 2020 menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Menjadi istimewa apabila kebanyakan gambar yang tersenarai dalam top 9 itu ialah ketika majlis pernikahannya dan gambar bersama keluarga serta suami tersayang.
Melihatkan gambar-gambar tersebut, ramai peminat menyifatkan perkahwinan Mira sebagai ‘Wedding of the Year’.
Apa yang menjadi perhatian lagi ialah Mira menerima sebanyak 68.8 juta tanda suka kepada gambar yang pernah dimuat naik olehnya sepanjang tahun 2020.
Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan agar rumah tangga Mira bersama Wan Emir kekal bahagia hingga ke syurga.
Sumber: Roti Kaya
Akmal Hakim
Glamour Desk