Terima hidayah lepas pulang umrah, Reen Rahim kini pilih untuk berhijab?

Terima hidayah lepas pulang umrah, Reen Rahim kini pilih untuk berhijab?

Pelakon Reen Rahim menuai perhatian publik apabila berkongsi hantaran terkini di media sosial dengan penampilan berhijab ketika menghadiri tayangan perdana filem Gayong 2, semalam.

Pilih untuk berhijab

Screenshot

Menerusi perkongsian di Instagram, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim dilihat hadir bersama suami dan anggun mengenakan abaya berwarna hitam yang dipadankan bersama hijab yang dipakai sempurna.

Sehubungan itu, penampilan baharu pelakon filem Sue-On tersebut turut meraih pujian warganet yang menyifatkan imej itu sangat sesuai dengannya dan mendoakan agar terus istiqamah ke arah yang lebih baik.

Berseri lain macam

Terus istiqamah

Cantiknya dia

Artikel lain: Drama sekarang tiada cerita lain, pusing-pusing kisah penyondol wanita murah – Reen Rahim

Screenshot

Untuk rekod, Reen mula mengenakan hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Sekembalinya dari Tanah Suci, dia dilihat semakin selesa menggayakan selendang, termasuk ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Namun, kemunculannya semalam mencuri perhatian kerana ia merupakan kali pertama Reen tampil berhijab penuh dalam sebuah majlis hiburan yang dihadiri ramai penggiat industri seni.

Sumber: Instagram reenrahim

Scroll to Top