Anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan dan kebaikan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Adrian, 18, yang baru sahaja disahkan menghidap kanser tulang itu menyifatkan tindakan Fattah dan Amira memberi makna terbesar buatnya.
“Kepada abang Fattah dan akak Amira, saya tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih atas sokongan dan kebaikan. Hanya Allah tahu saya sebesar mana saya amat menghargainya.
“Semoga Allah membalas jasa baik kalian di dunia dan di akhirat,” katanya.

Pada Khamis lalu, Amyza berkongsi berita duka memaklumkan anak keduanya, Adrian disahkan menghidap kanser tulang.
Amyza bagaimanapun kekal tenang berdepan ujian tersebut yang berlaku hanya setahun selepas anak sulungnya, Andre Mikhail menghidap kanser paru-paru.
Artikel Berkaitan: Enggan Ulas Isu Kesihatan Anak, Amyza Aznan Syukur Terima Banyak Tawaran




