“Terima kasih atas doa..” – Sambut hari jadi ke-31, uniknya kek Fattah Amin!

Aktor dan penyanyi, Fattah Amin menitipkan ucapan terima kasih di atas ingatan dan doa daripada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini.

Menerusi posting di laman Instagram, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin berkongsi beberapa foto sekitar majlis sambutan hari jadinya yang ke-31 itu bersama isteri, Fazura dan anak mereka Nur Fatima Aisya.

“Terima kasih semua atas ingatan dan dan doa. I feel so grateful and blessed for this life,” tulisnya yang meluahkan rasa syukur.

Pada majlis bertemakan rona biru itu, salah satu kek turut menarik perhatian warganet kerana bentuknya unik yang dihasilkan berdasarkan foto Fatima sedang tidur lena di atas Fattah.

Sementara itu, Fazura yang juga aktres tidak lupa membuat dedikasi istimewa buat aktor drama Hero Seorang Cinderella itu dengan berterima kasih atas kesabaran dan kasih sayang sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Dia juga mendoakan agar suaminya itu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT dan mengakhiri dedikasi tersebut dengan ucapan sayang.

Sumber: Instagram Fattah Amin & Fazura