Terima kasih atas segalanya Tek

Terima kasih atas segalanya Tek
Terima kasih atas segalanya Tek

Wojciech Szczesny. Foto Agensi

PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny meninggalkan Juventus selepas mencapai persetujuan bersama menamatkan kontraknya dengan kelab Serie A Itali tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu, yang menghabiskan tujuh musim di Turin, mempunyai baki setahun bersama The Old Lady.

Szczesny yang mencipta nama bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan 132 penampilan dikaitkan media Itali dengan kelab Serie A Monza dan Al-Nassr (Liga Saudi Pro Liga).

ā€œDalam sekelip mata, Tek menakluki penyokong-penyokong Juventus serata dunia dan kami pasti sentiasa membawa dia dalam hati sebagai pemain profesional yang menyarung jersi kami.

ā€œTerima kasih atas segalanya Tek dan semoga berjaya untuk masa hadapan,ā€ kata Juventus terhadap pemain yang mempunyai 84 penampilan bersama Poland.

Szczesny memulakan kerjayanya di Arsenal, menyertai kelab itu pada usia 15 tahun pada 2006, sebelum menandatangani kontrak dengan Juventus pada 2017 setelah menjalani tempoh pinjaman di Brentford dan AS Roma.

Di Juventus, dia membuat 252 penampilan yang membolehkannya merangkul tiga kejuaraan Serie A dan tiga Piala Itali.

Pada Julai, Juventus menandatangani penjaga gol Michele Di Gregorio dari Monza untuk memperkuatkan benteng kelab berpangkalan di Stadium Allianz, Turin itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top