“Terima Kasih Kalau Ini Harganya Untuk Penat Lelah Saya”

“Terima Kasih Kalau Ini Harganya Untuk Penat Lelah Saya”

Pelawak Amir Raja Lawak dilihat ada memuat naik hantaran meluahkan rasa syukur dan mengucapkan penghargaan kepada Awesome TV.

Menerusi hantaran itu lagi, Amir berkata sejak dari pagi ramai pihak cuba menghubunginya namun dia tidak dapat memberi maklum balas kerana banyak urusan perlu diselesaikan.

BACA: Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Minta Stesen TV Segera Bayar RM18K

“Alhamdulillah. Terima kasih Awesome TV kalau ini harganya untuk penat lelah saya dan kami. Terima kasih banyak-banyak 

“Dari pagi tadi sebenarnya ada ramai yang contact tapi saya tak sempat jawab sebab rushing sangat-sangat banyak benda nak diuruskan. Tadi pulak hantar abah saya ke kecemasan sebab jahitan kat perut terbukak, keluar darah,” tulisnya.

Sementara itu, Amir turut memaklumkan telefon bimbitnya rosak dan akan menjawab panggilan pihak wartawan apabila telefonnya kembali baik pulih.

“Maaf handset personal saya rosak tadi ni, sim jadi tak masuk  Kalau ada wartawan, dan sesiapa sahaja contact sekarang saya mintak maaf tak dapat jawab Nanti phone personal dah baik kembali, saya jawab ye,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Awesome TV menjelaskan program yang disiarkan diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.


Scroll to Top