‘Terima kasih kepada semua, tolong jangan berkecil hati atau kecewa’- Anthony Loke

‘Terima kasih kepada semua, tolong jangan berkecil hati atau kecewa’- Anthony Loke

JELEBU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook akur dengan kekalahannya di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook Sin Chew Daily, beliau berkata, pasukan kempen PH telah melakukan yang terbaik di Chennah tetapi masih kalah dengan lebih 500 undi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus berdiri bersama anda semua.

“Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di hati kami,” katanya.

Anthony Loke tewas di kerusi berkenaan kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon dalam pertembungan dua penjuru.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, kesemua kertas undi daripada semua saluran difahamkan telah habis dikira di mana Kong Choon mendapat 5,418 undi iaitu 52 peratus daripada 10,345 kertas undi diterima semua calon.

Sekiranya keputusan tersebut kekal dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bermakna Antony gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau sejak 2013.

Scroll to Top