Terima kasih PKR, beri kami akar umbi UMNO erti sebenar Kerajaan Perpaduan – Akmal

Terima kasih PKR, beri kami akar umbi UMNO erti sebenar Kerajaan Perpaduan – Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menempelak tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerima keahlian bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz walaupun parti itu sudah diberi amaran lebih awal.

Menurut Akmal, UMNO sejak awal lagi telah menegaskan pendirian bahawa keahlian Tengku Zafrul tidak sepatutnya diterima oleh mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengelakkan ketidakharmonian.

“Terima kasih PKR kerana memberi kami, akar umbi UMNO, erti sebenar kerajaan perpaduan ini.
“Amaran sudah diberi tetapi tetap juga dilakukan,” katanya dalam kenyataan di media sosial, hari ini.

Terima kasih PKR…

Akmal turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Tengku Zafrul namun secara sinis mempersoalkan penerimaan akar umbi PKR terhadap penyertaan bekas Menteri Kewangan itu.

“Good luck Tengku Zafrul, moga akar umbi PKR boleh menerima kamu. Kita jumpa nanti di pilihan raya,” ujarnya.

Artikel lain: Tengku Zafrul sah sertai PKR, kini jadi ahli Cabang Ampang

Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai PKR sudah diterima dua minggu lalu. Beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Sumber: FB Akmal Saleh

Scroll to Top