”Terima Kasih PMX Hargai Kami” – RXZ Members Dapat Peruntukan Awal RM100,000 | Trending – Oh! Media

”Terima Kasih PMX Hargai Kami” – RXZ Members Dapat Peruntukan Awal RM100,000 | Trending – Oh! Media

Trending

RXZ Members 7.0 2025 terima sokongan penuh Anwar Ibrahim dengan peruntukan RM100k. Komuniti permotoran teruja sambut penghargaan besar ini!


Komuniti RXZ Members menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) atas sokongan penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025.

Menurut laporan Kosmo, mereka menyifatkan peruntukan yang diberikan kerajaan sebagai penghargaan besar buat dunia permotoran tanah air.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini.

Alhamdulillah, terima kasih PMX dan Kerajaan Madani menghargai kami komuniti RXZ Members serta warga permotoran lain di Malaysia secara amnya,” kata mereka.

RXZ Members 7.0 bakal gegarkan Gong Badak!

Ohmedia rxz Members

Program RXZ Members 7.0 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

RXZ Members turut berdoa agar program tersebut dipermudahkan dan semua rider yang hadir selamat sampai ke destinasi.

Insya-Allah, kita semua doakan program ini dipermudah dan dilancarkan urusan, dan juga semua ‘rider’ yang hadir selamat sampai di RXZ Members 7.0 2025. Apa-apa pun, luncur!

Anwar Ibrahim akan adakan perbincangan lanjut

Anwar Ibrahim

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 bagi menyokong penganjuran program kali ini.

Anwar turut memaklumkan bahawa perbincangan lanjut mengenai keperluan tambahan akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu hadapan.

Pssttt! Sokongan kepada komuniti anak muda seperti RXZ Members menunjukkan pentingnya hobi disalurkan dengan cara positif. Jadikan minat sebagai platform silaturahim, bukan alasan untuk berbahaya di jalan raya. 

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top