am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan rasa terharu terhadap orang ramai yang tidak putus-putus menziarah pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta mendoakan Allahyarham.
Beliau berkata, meskipun sudah lebih sebulan pemergian isterinya, masih ramai yang hadir menziarah pusara Allahyarham.
“Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah,” katanya pada kenyataan, hari ini.
Dr Mahathir turut memohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk kerap menziarah pusara isterinya atau bertemu mereka yang hadir.
Kata Dr Mahathir, beliau juga mengakui tidak mampu membalas satu persatu surat dan ucapan takziah yang diterima, namun tetap berusaha memberikan maklum balas seberapa termampu.
“Saya tidak dapat nak jawab satu persatu. Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




