Penyanyi tersohor, Misha Omar mengucapkan terima kasih kepada Vanessa Reynauld atas kesudiannya membawa lagu Masihkah Ada Rasa Itu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-39.
Mempertaruhkan lagu hasil ciptaannya bersama komposer terkenal Sharon Paul, Misha memuji persembahan cemerlang yang disampaikan dengan penuh penjiwaan oleh Vanessa, selaku penyanyi gantian pada malam program tersebut, Khamis lalu.
“Terima kasih Vanessa kerana telah pun menyanyikan lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ secukup rasa, tiada yang kurang atau berlebihan.
“Tahniah Vanessa. Apa yang awak dah lakukan itu sebenarnya Kak Mitch (panggilan Misha) pun tak mampu nak buat sebab itu kita pilih awak,” katanya manis tersenyum.
@tv3malaysia Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan oleh @vanessareynauld 🔥 Saksikan Muzik Muzik 39 Separuh Akhir, 14 & 15 November, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39
Misha berkata demikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram Story (IGs) miliknya pada Sabtu.
Sementara itu, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 ini turut berterima kasih kepada pihak TV3, serta syarikat rakaman atas peluang tersebut.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 10 buah lagu yang berjaya ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.
“Dalam masa saya, saya juga ingin berterima kasih kepada pihak TV3, Sony Music Entertainment dan Alternate Records & Talent,” katanya.
Sebelum ini, penerbit SFMM39 Nurhul Huda Hj Khalid memaklumkan pihaknya menerima surat daripada syarikat rakaman, Sony Music Entertainment mengatakan Misha tidak membuat persembahan pada malam tersebut.
Difahamkan, keputusan dan pemilihan penyanyi gantian itu juga sudah ditetapkan oleh pihak Sony Music Entertainment.
Dalam pada itu, Huda turut mengatakan pihaknya ada berusaha untuk memujuk Misha, namun pada akhirnya segala keputusan terletak kepada label.
Artikel Berkaitan: Pertaruh Lagu Masihkah Ada Rasa Itu, Vanessa Reynauld Ganti Misha Omar Di SFMM39
Artikel Berkaitan: Penerbit Maklum Ada Terima Surat Dari Label, Misha Omar Mahu Move On… Bangga Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Bolos #SFMM39
Artikel Berkaitan: Tanda Apresiasi Peminat, Showcase ‘Back To Basic’ Bakal Imbau Perjalanan Karier Misha Omar Lebih 2 Dekad