Pelakon sensasi, Fattah Amin seakan meluahkan perasaan rindunya terhadap anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi hantaran di ruangan Instagram Story, Fattah berkongsi semula video pendek memperlihatkan Fatima sedang bermain sambil menggayakan busana masyarakat India beserta muzik latar yang dipetik dari runut bunyi filem, Kabhi Khushi Khabi Gham.
Mengaku rindu akan anaknya itu, teraju utama filem pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini mengaku sedikit sukar menjalani kehidupan tanpa susuk fatima disisi.
“Saya memikirkan Fatima setiap hari. Dan malam terasa sangat sukar kerana Fatima tiada disisi. Buat anakku, saya sangat merinduimu,” luahnya.
Terdahulu, Fattah kali terakhir berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu iaitu ketika aktor itu meluangkan masa bersama keluarganya.
Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4 tahun.