Bintang muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, bersama keluarganya terkandas di Makkah susulan pembatalan penerbangan untuk pulang ke Malaysia.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh atlet yang mesra disapa Jojo itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Berdasarkan perkongsian berkenaan, jaguh ONE Championship itu memuat naik tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada Malaysia Airlines berhubung status penerbangannya yang telah dibatalkan.
Difahamkan, beliau dijadualkan pulang ke Malaysia pada Ahad selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Artikel lain: Offer bagi duit, Johan Ghazali kesal rakan2 lama terus DM – “Selama ni takda yang balas”
Johan Ghazali anggap perancangan Allah
Bagaimanapun, Jojo dilihat tenang berdepan situasi tersebut dan menyifatkan keadaan itu sebagai hikmah kerana mempunyai lebih banyak masa untuk berada di Tanah Suci.
“Perancangan Allah. Dapat luang masa lebih lama di sini (Makkah),”kongsinya pada hantaran Instagram Story.

Bukan sahaja dapat beribadah lebih lama di sana tetapi Jojo turut menggunakan masa yang ada untuk melakukan latihan agar tahap kecergasannya sentiasa terjaga.
Beberapa syarikat penerbangan dunia mengambil keputusan untuk menghentikan seketika operasi mereka bagi mengelak sesuatu kejadian tidak diingini berlaku.





