Jika semalam seorang peniaga burger dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu disebabkan berniaga lebih masa dihadapan rumah sendiri, kali ini, ada lagi kes dimana pengunjung kedai makan disaman RM1, 500 oleh pihak berkuasa.
Menerusi perkongsian yang dibuat laman Twitter menggunakan nama akaun @adiq_rauf, dia telah memaklumkan disaman di kedai makan tanpa sebarang amaran.
Takde amaran terus kena saman 😂😂😂. Kalau artis kena buka kertas siasatan dulu. Tu lahh, sape suruh jadi miskin 🤦🏻♂️. pic.twitter.com/7gJVkFKAfT
— MEDICAL CARD ADVISOR (@afiq_rauf) April 25, 2021
Hal tersebut pastinya membuatkan pemuda tersebut bersama teman-temannya bingung kerana sebelum ini standard operating procedure (SOP) berkenaan kedai makan telah membenarkan pengunjung memenuhi ruang makan mengikut kapasiti meja.
Disebabkan SOP yang berubah-ubah dan maklumat yang belum menyeluruh difahami sesetengah pihak, pemuda berkenaan dan rakan-rakannya disaman sebanyak RM1,500 serta-merta tanpa sebarang amaran.

Menerusi ruangan komen, terdapat warganet yang prihatin memuat naik SOP terkini bagi kedai makan yang baru dikuatkuasakan pada 20 April 2021.
Mungkin kerana masih baru lagi, ramai yang terlepas pandang sehingga disaman oleh pihak berkuasa.

Menerusi ruangan komen itu juga, pengguna Twitter berkenaan turut menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet yang lain.
Dia juga ada memberitahu menunjukkan potongan video Ketua Polis Negara memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak boleh terus mengenakan saman tanpa memberi amaran terlebih dahulu kepada rakyat.


Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, terdapat beberapa komen yang dibuat menzahirkan rasa kurang senang dengan cara seperti itu.
Hal ini kerana bukan semua rakyat dapat mengetahui SOP terbaru mana-mana tempat dengan jelas memandangkan kerap berlaku perubahan dan tidak diuar-uarkan secara terang bagi memastikan semua pihak mampu mengikuti dengan mudah.




Sumber:@afiq_rauf




