“Saya nafikan, itu tohmahan untuk mencemarkan nama saya,” demikian respons pelakon, Fattah Amin susulan dakwaan bekas isterinya, Nur Fazura mengatakan isu percurangan punca perceraian mereka.
Ketika ditemui XTRA, jelas terpancar kekesalan di wajah Fattah selepas Fazura mendakwanya curang.
“Saya nafikan benda itu, peguam dia (Fazura) sudah beritahu sebelum ini tiada kes curang, kenapa tiba-tiba ada kes curang?
“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tomahan untuk mencemarkan nama baik saya
“Sedangkan kita dah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya menjaga aib masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, aktor berusia 33 tahun itu menegaskan punca perceraian mereka hanya disebabkan oleh tiada persefahaman serta mengakui dia tidak pernah gagal memberi nafkah.
“Saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada Fazura.
“Tiada persefahaman itu sahaja. Mengenai tidak berikan nafkah, saya ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semua ke keluarga.
“Tetapi mungkin itu tak cukup untuk dia,”katanya.
Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.
Sebelum Fattah melafazkan cerai, ketika diluar mahkamah, pasangan itu dilihat berbincang antara satu sama lain.
Terdahulu, status rumah tangga mereka didakwa bergolak selepas timbul dakwaan mengatakan wujud orang ketiga.
Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.
Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.
Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin




