Terkini: Belanjawan 2023

Terkini: Belanjawan 2023

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini.

Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober tahun lalu bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Ikuti sorotan langsung Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar seperti berikut;

3.45 Petang : Anwar bertolak dari Kementerian Kewangan ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI hari ini. Turut sama kedua-dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top