Terkini Mengenai Kanak-Kanak GISBH Yang Telah Diselamatkan | Oh! Media

Terkini Mengenai Kanak-Kanak GISBH Yang Telah Diselamatkan | Oh! Media

Sebelum ini, pusat jagaan dan rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diserbu pihak polis dan didapati terpalit dengan kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

BACABekas Pekerja Cerita Apa Sebenarnya Yang Terjadi Apabila Bekerja Sepenuh Masa Di GISBH

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, mahkamah telah memerintahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berikan perlindungan kepada semua 662 kanak-kanak yang telah diselamatkan daripada rumah amal GISBH sebelum ini.

Perkara itu telah dimaklumkan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberi sedikit maklumat tambahan dan terkini mengenai jumlah kanak-kanak diselamatkan.

Kesemuanya adalah seramai 662 kanak-kanak yang telah diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini.

Untuk info, polis dapat menyelamatkan ratusan kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan puluhan individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis berkenaan dalam serbuan yang dibuat.

Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi turut berkata yang mesyuarat itu tidak membincangkan isu fatwa berkaitan amalan GISBH seperti yang telah diputuskan beberapa negeri sebelum ini tapi beliau meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan dari mufti negeri masing-masing.

Ada beberapa mufti sudah mengeluarkan, menerbitkan fatwa di mana ajaran terbabit disahkan sesat.

Tapi untuk maklumat lanjut dalam isu ini boleh rujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sebelum ini, pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB telah diputuskan fatwa sebagai rangkaian yang menyeleweng daripada akidah agama Islam sebenar oleh negeri Perlis, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.


Scroll to Top