Terkini Mengenai Laporan Teknikal Letupan Gas Di Putra Heights | Trending – Oh! Media

Terkini Mengenai Laporan Teknikal Letupan Gas Di Putra Heights | Trending – Oh! Media

Trending

Letupan paip gas di Putra Heights: 81 rumah musnah. Siasatan teknikal dan jenayah akan selesai 26 Jun ini.


Insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya kini berada di fasa akhir siasatan dan laporan teknikal juga dijangka siap menjelang 26 Jun ini.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengesahkan perkara itu dan ianya akan digabungkan dengan siasatan jenayah bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Siasatan jenayah tak boleh didedahkan lagi sebab perlu digabung dengan siasatan teknikal. Masih ada beberapa aspek penting seperti keutuhan paip dan pergerakan tanah yang sedang dikaji.

JKKP fokus keutuhan paip dan faktor pergerakan tanah

Putra Heights

Antara aspek penting yang disiasat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) termasuk kemungkinan tekanan daripada aktiviti luar dan faktor tanah yang boleh menjejaskan keselamatan paip gas.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah melengkapkan siasatan membabitkan unsur kecuaian atau khianat, namun menunggu laporan penuh JKKP untuk langkah seterusnya.

Pihak JKR dan Petronas turut membantu dari segi pengeluaran spesimen.

81 rumah musnah dalam tragedi di Putra Heights

Putra Heights

Dalam insiden yang berlaku pada 1 April lalu, sebanyak 81 rumah musnah sepenuhnya, manakala 81 lagi separa musnah. 57 rumah pula terjejas tanpa terbakar, dan 218 rumah terselamat daripada impak letupan tersebut.

Pssttt! Semoga siasatan yang telus dapat memberikan keadilan kepada semua mangsa. Kita harap pihak berkuasa mengambil langkah lebih ketat demi mengelak tragedi seperti ini berulang. Keselamatan komuniti harus menjadi keutamaan!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top