Selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin terus mencuri tumpuan selepas namanya dinamakan dalam saman oleh pembekal hijab, Obor Holding, berhubung tunggakan hutang berjumlah RM4.65 juta.
Menurut laporan The Rakyat Post, Fazura memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan terbuka mengenai dakwaan itu, meskipun aktif berniaga dan muncul secara langsung di TikTok menjual koleksi tudung sempena Hari Guru baru-baru ini.
Lantik peguam, fail memorandum di Mahkamah Tinggi

Fazura yang dinamakan sebagai defendan keempat dan abangnya Ahmad Faiz Sharifuddin (defendan ketiga) dikatakan telah melantik firma guaman Low and Partners untuk mewakili mereka.
Pihak peguam juga memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan memorandum kemunculan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun sehingga kini masih belum diketahui bila tarikh sebutan kes akan ditetapkan.
Bekalan tudung cecah RM7.3 juta, bayar tak sampai separuh?

Saman difailkan oleh Obor Holding mendedahkan bahawa syarikat Pink Fate Sdn Bhd, yang diasaskan bersama oleh Fazura telah menerima bekalan tudung berjumlah RM7,330,197.04 sejak Jun 2022.
Namun, syarikat itu hanya membayar RM2,680,167.90, meninggalkan baki tertunggak sebanyak RM4.65 juta. Malah, cek bernilai RM1 juta yang dikeluarkan atas nama Fazura dan Faiz turut ditolak oleh pihak bank pada September 2024.
Lebih mengejutkan, semua urusan ini berlaku ketika Fazura masih memegang jawatan pengarah syarikat, sebelum beliau meletak jawatan pada Januari 2025. Faiz pula kekal sebagai pengarah.
Pssttt! Berdiam diri mungkin bukan jalan terbaik bila melibatkan amanah dan kepercayaan. Usahawan berjaya bukan sekadar nama besar, tapi juga tanggungjawab yang dijunjung.
Kredit: The Rakyat Post
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.